LONDON 11 Jan. – Aaron Ramsey hari ini bersetuju menandatangani kontrak lima tahun bersama gergasi Serie A, Juventus dan akan meninggalkan Arsenal pada hujung musim ini. Ramsey akan mengucapkan selamat tinggal kepada Gunners selepas 10 tahun setia bersama kelab London itu dan menikmati gaji 140,000 pound (RM730,371) seminggu. Bintang tengah Wales berusia 28 tahun itu sudah dikaitkan dengan Juventus sejak tahun lalu. Menurut wartawan bola sepak Itali, Fabrizio Romano, perjanjian sudah dicapai dan kontrak tersebut bernilai 35 juta pound (RM180 juta). “Aaron Ramsey akan tiba di Juventus, Jun ini. Perjanjian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya