KANGAR 16 Jan. – Pastinya ramai dalam kalangan rakyat negeri ini sudah tidak sabar menanti sepak mula saingan Liga Perdana membabitkan Perlis dan UKM FC, 3 Februari ini. Mana tidaknya setelah sekian lama menyepi dalam arena bola sepak negara, Perlis yang terkenal dengan jolokan Singa Utara dilihat begitu bersemangat musim ini selepas melalui transformasi bagi mengembalikan zaman kegemilangan mereka. Ketika nama Perlis hampir lenyap daripada peta bola sepak Malaysia, seorang…










