PRK Cameron Highlands: Dakwaan Tun Mahathir mahu BN menang, hanya cerita rekaan - Utusan Malaysia

PRK Cameron Highlands: Dakwaan Tun Mahathir mahu BN menang, hanya cerita rekaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LIPIS – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, dakwaan Barisan Nasional (BN) bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara ‘senyap-senyap’ mahu calon BN memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands hanya cerita rekaan untuk menarik undi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Pakatan Harapan itu berkata, ini adalah amalan biasa bagi pembangkang.

“Sudah tentu tidak betul (dakwaan itu), pihak pembangkang akan buat cerita-cerita itu, bunyinya menarik tapi ia tidak benar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan makan tengah hari bersama penduduk Kampung Keledek di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang, Fuziah Salleh dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Pada Isnin lepas, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dilapor mendakwa di sebuah ceramah di sini, bahawa jauh di sudut hati, Mahathir sebenarnya mahu calon BN menang di PRK berkenaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×