PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) – Kadar sewa kuarters milik Perbadanan Putrajaya (PPj) Blok F dan Blok G di Presint 11 di sini kekal tanpa sebarang kenaikan. Presiden PPj Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata PPj telah membuat keputusan untuk tidak menaikkan kadar sewa kuarters milik PPj di Presint 11 kerana tidak sesuai dilaksanakan dalam keadaan semasa. Beliau berkata perkara itu diputuskan selepas berbincang dengan Kementerian Wilayah Persekutuan. Semalam, bekas Perdana…










