MARAN 2 Jan. – Dialek atau loghat Pahang bersendikan aliran arus Sungai Pahang yang menjadi teras ketamadunan Melayu Pahang perlu terus dipopularkan kerana memiliki keindahan intonasi yang unik. Pengubah lagu rakyat terkenal, Afzamnizam Ismail berkata, loghat Pahang mempunyai nilai komersial tersendiri kerana penutur jati dialek berkenaan berbeza mengikut daerah. “Menyedari keunikan dialek Pahang, kami menganjurkan ‘Geme Loghat Pahang’ di setiap daerah di negeri ini. Kami menjelajah ke seluruh negeri bagi…










