Polis Sudan lepaskan tembakan gas ke atas peserta demonstrasi - Utusan Malaysia

Polis Sudan lepaskan tembakan gas ke atas peserta demonstrasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM 13 Jan.- Polis Sudan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah peserta demonstrasi anti kerajaan di sini setelah penganjur menggesa perhimpunan menentang Presiden Omar al-Bashir diadakan seluruh negara.

Peserta, sambil melaungkan slogan “aman, aman” dan “revolusi adalah pilihan rakyat” berhimpun di jalanan sekitar pusat daerah Bahari sebelum bertembung dengan anggota keselamatan.

Tunjuk perasaan tercetus sejak 19 Disember tahun lalu ekoran kemarahan rakyat terhadap tindakan kerajaan yang menaikkan harga makanan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN