Polis kesan tiga lagi suspek bunuh bekas calon AMK - Utusan Malaysia

Polis kesan tiga lagi suspek bunuh bekas calon AMK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Polis Selangor mengesan tiga lagi suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan bekas calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang daerah ini  akibat ditetak menggunakan parang oleh tiga lelaki di Pangsapuri Nilam Sari, Jalan Plumbum, Seksyen 7, di sini pada 7 Januari lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dalam kenyataan akhbar sebentar tadi memaklumkan mereka adalah R. Logesvaran, 26 (gambar kecil kanan) dan P. S. Tamil Kumaran, 33 (gambar kecil tengah) serta seorang lagi dikenali Sree (gambar kecil kiri). 

Katanya, mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superitenden S. Vignesh Kumar di talian 012-8377756 atau mana- mana balai Polis yang berhampiran. 

Fadzil turut menjelaskan seorang suspek yang ditahan pada 8 Januari lalu akan dituduh di Mahkamah Shah Alam pukul 9 pagi, esok. 

“Kita telah mendapat arahan bagi pertuduhan terhadap suspek itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan,” katanya. 

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang bekas calon AMK Cabang Shah Alam yang aktif memerangi dadah mati akibat ditetak menggunakan parang oleh tiga lelaki di Pangsapuri Nilam Sari, Jalan Plumbum, Seksyen 7, di sini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang pada 7 Januari itu M. Thiyahu, 30, 
yang merupakan operator kilang parah pada muka, kepala, tangan kanan dan kaki.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam (HSA). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×