Polis ambil keterangan Timbalan Pengarah ILP Kota Bharu - Utusan Malaysia

Polis ambil keterangan Timbalan Pengarah ILP Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 Jan. – Polis telah mengambil keterangan Timbalan Pengarah Insitut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu bagi membantu siasatan kes berkaitan insiden menendang motosikal di kawasan institut tersebut yang tular di media sosial, semalam.

HASANUDDIN HASSAN
HASANUDDIN HASSAN 

Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, lelaki berusia awal 40-an itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini kira-kira pukul 7 malam untuk membuat laporan berkaitan insiden terbabit sebelum ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

“Setakat ini, kita menerima satu laporan daripada salah seorang pemilik motosikal yang ditendang suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan kerosakan harta benda.

“Selepas selesai memberi keterangan, suspek dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Video memaparkan aksi seorang lelaki yang dikatakan merupakan Timbalan Pengarah ILP berkenaan dalam keadaan marah-marah dan menendang beberapa buah motosikal di kawasan surau institut itu tular di media sosial dan menerima kecaman warganet sejak semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN