KUALA LUMPUR 10 Jan. – Polis telah mengambil keterangan daripada dua individu bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di rumah pengasuhnya dalam kejadian di Kampung Setia Jaya, Setapak di sini semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan setakat ini. “Siasatan lanjut masih berjalan bagi mengetahui punca sebenar bayi itu meninggal dunia, sama ada benar didera atau tidak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam, bayi lelaki berusia tujuh bulan meninggal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya