Pliskova singkir Serena - Utusan Malaysia

Pliskova singkir Serena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE 23 JAN. – HASRAT Serena Williams untuk menyamai rekod 24 gelaran Grand Slam yang dipegang Margaret Court disekat Karolina Pliskova, hari ini, yang menempah pertembungan dengan Naomi Osaka pada separuh akhir kejohanan tenis Terbuka Australia, esok.

Legenda Amerika Syarikat (AS) itu berjaya mengetepikan pemain No. 1 dunia, Simona Halep pada pusingan keempat, tetapi harapannya untuk terus mara dihalang pilihan ketujuh dari Republik Czech itu, yang menyelamatkan empat mata akhir sebelum me­raih kemenangan 6-4, 4-6, 7-5 di bawah cuaca panas terik di Melbourne.

Ia merupakan kekalahan yang amat mengecewakan bagi pemain berusia 37 tahun itu, yang dipaksa bekerja keras untuk bangkit selepas tewas set pertama dan kemudian, mendahului 5-1 dalam set ketiga, tetapi Williams mempersiakan peluang mengakhiri perla­wanan itu apabila melakukan kesilapan dengan melepaskan beberapa pukulan liar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi Pliskova, ini adalah separuh akhir ketiganya dalam pertandingan utama, selepas berbuat demikian di Roland Garros pada 2017 dan Terbuka AS setahun sebelum itu.

“Saya hampir berada di bilik persalinan, tetapi kini, saya berdiri di sini sebagai pemenang. Ia sesuatu yang menye­ronokkan,” kata Pliskova yang menyekat Williams daripada mengulangi aksi final Terbuka AS menentang Osaka.

Mengulas mengenai pertemuannya dengan Osaka, Plisko­va mengakui, pemain muda Jepun itu yang menewaskan Elina Svitolia 6-4, 6-1 dalam satu lagi suku akhir adalah lawan yang berbahaya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×