JUARA bertahan, PKS Uniten memulakan kempen Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 penuh bergaya apabila ‘kenduri’ gol meratah PSHA-MSSPP 8-0 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. Pakar flik skuad kebangsaan, Nuraini Abdul Rashid muncul wira buat PKS Uniten apabila meledak hatrik bermula minit kesembilan, 22, dan 23 pada aksi pembukaan tersebut. Ketua jurulatih PKS Uniten, Lailin Abu Hassan gembira melihat prestasi ditampilkan anak-anak buahnya dalam misi mempertahankan kejuaraan liga dimenangi musim lalu. “Secara keseluruhan, saya berpuas hati kerana para pemain dapat mengikut perancangan yang disusun untuk perlawanan ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya