Pilihan raya Thailand 24 Mac ini - Utusan Malaysia

Pilihan raya Thailand 24 Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Thailand akan mengadakan pilihan raya umum pada 24 Mac ini, menurut pihak berkuasa semalam.

Ia adalah pilihan raya umum pertama Thailand selepas insiden rampasan kuasa yang menyaksikan pengusiran kerajaan pimpinan Yingluck Shinawatra pada tahun 2014.

“Pada 24 Mac, akan diadakan hari pilihan raya,” menurut seorang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand kepada wartawan selepas beberapa jam Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn memberi kuasa kepada badan itu untuk menentukan tarikh pilihan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Vajiralongkorn, 66, menandatangani satu dekri dan diterbitkan dalam Gazet Diraja. SPR Thailand diberi masa lima hari untuk mengumumkan tarikh untuk rakyat mengundi.

Pilihan raya itu adalah yang pertama sejak kerajaan junta menggulingkan Shinawatra ham­pir lima tahun lalu, meminda perlembagaan, menutup mulut kumpulan penentang dan melantik sekutu tentera dalam pentadbiran negara.

Junta tentera sebelum ini menyatakan pilihan raya akan diadakan tidak lewat daripada bulan hadapan tetapi tandatangan yang lewat diperoleh daripada Vajiralongkorn menyebabkan ia mungkin tertangguh beberapa minggu lagi.

Perintah itu bermakna tempoh berkempen sudah bermula secara rasmi.

Thailand mempunyai sejarah dicemari insiden rampasan kuasa, kerajaan awam jangka pendek dan krisis politik.

Penganalisis politik beranggapan pihak tentera sedang bersedia untuk kembali memerintah melalui parti proksi dengan ketua junta, Prayut Chan-O-Cha meletakkan diri sebagai ketua pemerintahan awam selepas pilihan raya itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini