'PH tak apa... Kasihan Orang Asli' - Utusan Malaysia

‘PH tak apa… Kasihan Orang Asli’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 16 Jan. – Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menyindir Pakatan Harapan (PH) yang boleh membuat apa sahaja termasuk memberikan wang kepada pengundi ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands disebabkan mereka adalah kerajaan.

Malah beliau turut bersimpati dengan Orang Asli kerana mendapat RM20 sahaja daripada pakatan parti pemerintah negara ini.

“Datuk C. Sivaraajh (bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands) tidak boleh disebabkan beliau Barisan Nasional (BN). Sekarang PH (memerintah) tak apa (memberikan wang).

“Kita pun kasihan Orang Asli dapat RM20 sahaja, tak cukup nak bayar duit minyak,” katanya ketika ditemui pemberita Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) dan Pusat Pengajian Pondok Kandis dengan Universiti Ez-Zitouna, Tunisia di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Rektor universiti tersebut, Dr. Hisyam Qarisah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan gambar, jentera PH memberikan wang kepada Orang Asli sejak beberapa hari lalu ketika kempen PRK tersebut.

Pada 1 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Sivarraajh didapati bersalah kerana memberikan wang kepada Orang Asli ketika pilihan raya umum lalu untuk mempengaruhi undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×