STRASBOURG 9 Jan. – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan bagi mengesan pesawat pejuang Mirage 2000 milik Tentera Udara Perancis dan dua juruterbangnya yang dilaporkan hilang dari radar di kawasan pergunungan di timur negara ini.
“Kami sedang mengesan pesawat itu yang hilang dari radar di Jura,” kata jurucakap pentadbiran wilayah itu.
Salji dan jarak penglihatan yang rendah menyukarkan operasi SAR.
Pesawat pejuang itu tidak membawa sebarang senjata. – AFP










