Pesawat Aeroflot ‘ditawan’ penumpang - Utusan Malaysia

Pesawat Aeroflot ‘ditawan’ penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 22 Jan. – Sebuah pesawat penumpang domestik melakukan pendaratan cemas di Siberia hari ini selepas seorang penumpang meminta juruterbang mengubah laluan, jelas pihak berkuasa.

Jawatankuasa Anti-Keganasan Rusia memberitahu, pesawat Aeroflot yang terbang dari Surgut di barat Siberia ke Moscow, ‘mengubah laluan atas permintaan salah seorang penumpang’.

“Juruterbang memutuskan untuk mendarat di Khanty Mansiysk, bandar yang terletak pada jarak 2,700 kilometer di timur Moscow,” jelas jawatankuasa itu.

Pihaknya tidak memberikan butiran lanjut namun mengatakan penyiasat berusaha untuk mengesahkan apa yang berlaku.

Agensi berita Interfax memetik sumber sebagai berkata, seorang penumpang lelaki meminta laluan pesawat itu dialihkan ke Afghanistan.

Beberapa laporan menjelaskan, lelaki itu telah ditahan dan tidak dapat dipastikan sama ada dia bersenjata atau tidak.

Pihak berkuasa menutup akses ke Lapangan Terbang Khanty Mansiysk berikutan kejadian itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN