SABAK BERNAM 24 Jan. – Sudahlah padi merupakan punca tunggal kepada pendapatan keluarga, tetapi kini tanaman yang diusahakan itu pula diserang penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB) menyebabkan hasil tanaman rosak teruk. Usahkan bermimpi untuk mendapat hasil daripada tanaman padi, kini setiap pesawah di kawasan Parit 6, di sini, terpaksa menanggung rugi sekurang-kurangnya RM2,000 seorang akibat padi yang dita-nam semuanya tidak menjadi. Seorang pesawah, Johari Unit, 60, memberitahu akibat serangan BPB,…










