SUNGAI PETANI 27 Jan. – Seorang pesara tentera yang kini bekerja sebagai pengawal keselamatan maut selepas motosikal dinaikinya bertembung dengan sebuah lagi motosikal berhampiran surau di Jalan Utama Taman Kelisa Ria, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa, Roslan Hussain, 47, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Difahamkan, anak bongsu mangsa, Nur Qaseh, 4, yang turut membonceng motosikal jenis Honda Dash itu hanya mengalami cedera ringan di bahagian mulut. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya