TEMERLOH 11 Jan. – Seorang pesara guru kerugian kira-kira RM120,000 akibat ditipu sindiket Macau Scam yang memperdaya mangsa dengan dakwaan terlibat dalam penggubahan wang haram. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, dalam kes itu, mangsa berusia 84 tahun melakukan transaksi pindahan wang sebanyak lapan kali dari 31 Disember 2018 hingga Selasa lepas. “Berdasarkan laporan, pada 30 Disember 2018 mangsa menerima panggilan menerusi telefon rumahnya dan diberitahu talian tersebut akan ditamatkan perkhidmatan dalam masa dua jam dengan mendakwa pengadu pernah didaftarkan bagi tujuan judi dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya