KUALA LUMPUR 29 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalu-alukan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit Wang Kelian, lebih tiga tahun lepas yang diumumkan Kerajaan Persekutuan kelmarin. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, PDRM juga telah membentuk satu jawatankuasa khas untuk membuat persiapan bagi menghadiri dan memberi apa jua keperluan RCI tersebut. “Saya pernah menyebut mengenai perkara ini beberapa…










