JEMPOL 13 Jan. – Sebuah stesen minyak diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri kerana disyaki menjual minyak diesel kepada pihak yang tidak mempunyai kebenaran di pekan Mahsan, Bahau di sini semalam. Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Zubir Hamsa berkata, dalam serbuan itu, dua buah kenderaan pacuan empat roda telah disita bersama minyak diesel yang dianggarkan berjumlah 450 liter dengan nilai rampasan RM107,575. …










