TUARAN 25 Jan. – Seorang pengusaha inap desa warga Australia cedera parah ditetak dengan parang selepas berlaku perselisihan faham dengan seorang lelaki berhampiran Kampung Kiwoi di Tamparuli, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Dzulbaharin Ismail berkata mangsa, 46, yang berkahwin dengan warga tempatan itu, mengalami kecederaan parah di bahagian tangan, belakang dan kepala dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang. “Siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham dengan suspek berkenaan menyebabkan suspek tersebut berasa tidak puas hati lalu mengeluarkan parang dan mengejar dan menetak mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya