SUNGAI PETANI 7 Jan. – Hampir 50 orang penduduk dari lapan buah keluarga di Kampung Batu 2, Bukit Belah, Jalan Kuala Ketil di sini, merasa tertekan apabila rumah didiami mereka sejak 80 tahun lalu bakal dirobohkan tidak lama lagi. Menurut mereka, kawasan itu hendak dibangunkan sebuah projek perumahan dan kedai. Timbalan Pengerusi Persatuan Jayam negeri, A. Loganathan memberitahu, selain perumahan, kawasan itu sebelum ini turut menempatkan bangunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja…










