ALOR SETAR – Penduduk di negeri ini terutama di Langkawi dinasihatkan berjaga-jaga dan menjauhi kawasan pantai ekoran angin kencang serta ombak tinggi yang diramalkan melanda kawasan tersebut mulai pagi ini hingga awal pagi esok susulan daripada tempias ribut tropika Pabuk. Pegawai Bahagian Operasi dan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Kapten Saifuddin Abdullah berkata, keadaan setakat ini terkawal dengan beberapa tindakan diambil oleh APM sebagai langkah berjaga-jaga. “Bendera merah di dua pantai tumpuan pelancong di Langkawi iaitu Pantai Chenang dan Pantai Tengah telah dinaikkan pada pada pukul 11 pagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya