JEMPOL 26 Jan. – Penduduk di Felcra Rompin di sini berharap isu bayaran elaun sara hidup bulanan sebanyak RM800 yang tidak diterima sejak Ogos tahun lalu akan mendapat perhatian kerajaan. Ketua peserta Felcra itu, Kamaruzaman A. Latiff berkata, laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini berhubung penderitaan mereka diharap dapat membuka mata pihak berkenaan untuk menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin. “Kira-kira enam bulan, penduduk menanggung masalah ini. Akhirnya apabila ia disiarkan media, kami rasa masih ada pihak yang prihatin dengan kesukaran hidup kami. “Kami ucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Jempol,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya