Pemuda PH Perak bantu kempen PRK Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Pemuda PH Perak bantu kempen PRK Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 9 Jan. – Pemuda Pakatan Harapan (PH) negeri Perak akan membantu kempen calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

Ketuanya, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim berkata, empat parti komponen PH iaitu Amanah, PKR, Bersatu dan DAP akan berpadu tenaga bagi memastikan calon PH iaitu M. Manogaran memenangi di kerusi tersebut.

Menurutnya, Perak adalah negeri paling dekat dengan kawasan Parlimen tersebut dan di atas faktor itu jentera kempen dari negeri ini pastinya ditagih dalam usaha merampas kerusi tersebut yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dengan majoriti hanya 597 undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“PRK Cameron Highlands sangat penting kerana ia merupakan platform untuk menilai aras sokongan rakyat kepada PH setelah membentuk kerajaan selepas PRU-14.

“Dengan kemenangan di kerusi ini, PH akan menambah lagi satu majoriti di dalam Parlimen seterusnya menguatkan lagi kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, melihat kepada suasana politik semasa serta keadaan BN yang seolah-olah ‘hidup segan mati tak mahu’, beliau yakin PH akan merampas kerusi tersebut.

“Pemuda PH menyeru seluruh jentera untuk turun membantu kempen PH bermula sekarang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN