Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), sebuah institusi yang tidak asing lagi di negara ini yang mengetengahkan pendidikan seni kreatif dalam kalangan generasi baharu dalam usaha memartabatkan kesenian dan warisan budaya. Baru-baru ini, pelajar tahun dua Ijazah Teater menghasilkan persembahan ‘Bertindak Atau Jangan’ yang diadakan pada 4-6 Januari 2019. Menurut Pembantu Publisiti dan Pemasaran teater berkenaan, Afiqah Shamsi, pementasan itu terdiri daripada tiga sesi tayangan persembahan bagi tiga hari berturut-turut dalam memenuhi syarat subjek wajib institusi itu. ‘‘Setelah meneliti skrip-skrip yang sesuai untuk penonton, teater Bertindak Atau Jangan arahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya