PEKAN – Pemasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari ini membuka laluan untuk baginda dinamakan sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Ke-16. Ketua Penyelidik Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang juga pengkaji institusi monarki, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain berkata, biarpun kekananan seorang Raja ditentukan berdasarkan tarikh baginda menaiki takhta di negeri masing-masing, namun tidak mustahil bagi Tengku Abdullah dipilih Majlis Raja-Raja sebagai YDPA yang baharu. Majlis pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu akan berlangsung pada 15 Januari ini di Istana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya