Pemandu Grab wanita diganggu pelanggan - Utusan Malaysia

Pemandu Grab wanita diganggu pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Seorang pemandu Grab wanita berdepan situasi mencemaskan apabila pelanggannya melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kenderaannya, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, mangsa menerima pelanggan warga India pada pukul 6.30 pagi di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang meminta untuk dihantar ke Taman Subang Damai, Shah Alam.

“Ketika berada di Dataran Merdeka menghala ke Parlimen, mangsa menyedari suspek yang duduk di kerusi penumpang belakang memegang kemaluannya dan apabila tiba di Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) berhampiran Damansara, mangsa menghidu bau pelik dari belakang.

“Mangsa kemudian menegur perbuatan suspek dan memberhentikan keretanya di kawasan tol seterusnya meminta suspek turun dari kenderaan. Bagaimanapun, suspek berdegil dan mangsa meminta bantuan pekerja tol sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Shaharuddin memaklumkan, mangsa tidak mengetahui nombor telefon suspek dan hanya mendapat maklumat pesanan daripada aplikasi Grab.

“Kita masih menunggu maklumat daripada Grab bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Seksyen 509 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN