Pemandu Grab terkejut kelakuan tidak senonoh penumpang - Utusan Malaysia

Pemandu Grab terkejut kelakuan tidak senonoh penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu Grab wanita dikejutkan dengan perbuatan tidak senonoh penumpang lelaki yang dibawanya sewaktu sedang dalam perjalanan menghantar lelaki berkenaan ke Taman Subang Damai, Shah Alam, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, dalam kejadian sekitar pukul 6.30 pagi itu, wanita berkenaan telah mengambil seorang penumpang lelaki warga asing di Jalan Tuanku Abdul Rahman. 

“Sewaktu sedang di dalam perjalanan di Bulatan Dato Onn, wanita berkenaan mendapati lelaki warganegara India tersebut sedang melakukan perbuatan tidak senonoh sambil memegang kemaluannya di bahagian tempat duduk penumpang belakang.

“Wanita berkenaan seterusnya membuat keputusan memberhentikan kenderaan berhampiran hentian tol di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) berhampiran Damansara, sebelum mengarahkan lelaki tersebut untuk turun dari kereta,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Shaharuddin, lelaki berkenaan bagaimanapun enggan turun dari kereta mangsa sehingga wanita berkenaan terpaksa mendapatkan bantuan daripada jurutol sebelum membuat laporan polis.

“Siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai butiran penumpang tersebut dan hanya menerima pesanan melalui applikasi Grab.

“Polis kini sedang melakukan semakan dengan pihak Grab untuk mengesan lelaki warga India terbabit,” ujar beliau.

Tambah Shaharuddin, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN