MASSACHUSETTS 7 Jan. – Bekas bintang drama bersiri ‘House of Cards’, Kevin Spacey berhadapan dakwaan jenayah berkaitan kes serangan seksual di Nantucket hari ini. Spacey didakwa melakukan serangan seksual terhadap remaja lelaki berusia 18 tahun setelah memanipulasinya menggunakan alkohol di sebuah bar di Nantucket lebih dua tahun lalu. Pelakon pemenang Anugerah Oscar itu dijadualkan dibawa ke Mahkamah Daerah Nantucket selepas didakwa bulan lalu bagi kes jenayah pukul dan serangan seksual berkenaan. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya