KANGAR 8 Jan. – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menawarkan biasiswa kepada tiga calon mahasiswa dari Poland untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di institusi pengajian tinggi berkenaan mulai 2019. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, KUIPs selaku institusi pengajian yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu melahirkan ilmuwan dalam perbankan Islam. Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, biasiswa…










