KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan swasta maut dalam satu kemalangan akibat digilis lori di Kilometer 16, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke pusat bandar pada pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa, Mohamad Fakhri Mohd. Nawi, 25, meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami cedera parah di bahagian kepala serta tubuhnya akibat digilis tayar lori tersebut. “Berdasarkan siasatan pegawai penyiasat kes, dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, mangsa cuba memintas lori seberat tiga tan itu dari sebelah kiri yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya