Pekerja ladang maut dihempap pokok getah - Utusan Malaysia

Pekerja ladang maut dihempap pokok getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU 17 Jan. – Malang buat seorang pekerja ladang apabila dia maut setelah ditimpa sebatang pokok getah dalam kejadian di Kilometer 10 jalan Kampung Matang – Telemong di Kampung Pelam dekat sini petang tadi.

Azahari Abdul Rahman, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, kejadian berlaku pukul 2.15 petang sewaktu mangsa sedang menunggang motosikal jenis Honda C70 dari rumahnya di Kampung Paloh Nyior menuju tempat kerjanya di Kampung Pelam.

Katanya, setiba di tempat kejadian, tiba-tiba sebatang pokok getah tumbang lalu menghempap mangsa yang sedang menunggang motosikal.

“Kemalangan itu berlaku ketika hujan yang menyebabkan keadaan jalan licin,” jelasnya di sini hari ini.

Mohd. Adli memberitahu, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Tambahnya, polis sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×