Pekerja kedai miliki rokok seludup dikenakan bon berkelakuan baik - Utusan Malaysia

Pekerja kedai miliki rokok seludup dikenakan bon berkelakuan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Seorang pekerja kedai runcit warga Bangladesh terlepas daripada hukuman denda RM100,000 atas kesalahan memiliki rokok seludup yang hanya bernilai RM128.76, minggu lalu. Tertuduh, Delowar Hossan, 27, dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun berserta cagaran RM5,000 dengan dua penjamin selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Majistret A. Akhiruddin@Boy Acho memutuskan demikian mengikut Seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah setelah mempertimbangkan fakta kes, latar belakang dan rayuan tertuduh. Mengikut pertuduhan, Delowar didakwa memiliki 1,272 batang rokok pelbagai jenama bernilai RM128.76 yang dilarang pengimportannya dengan…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN