SEREMBAN 20 Jan. – Polis sedang menjalankan siasatan terhadap aduan seorang peniaga burger di Taman Rasah Jaya dekat sini yang mendakwa ditumbuk dan diacukan pistol oleh seorang pegawai polis yang kini tular dalam media sosial. Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan bahawa polis telah menerima aduan daripada kedua-dua pihak iaitu pegawai polis berkenaan dan peniaga burger tersebut. “Kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan…