Pegawai kebajikan tak mengaku salah guna kedudukan - Utusan Malaysia

Pegawai kebajikan tak mengaku salah guna kedudukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN 24 Jan. – Seorang penjawat awam daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat (JPKM) Sandakan hari ini mengaku tidak bersalah kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah dalam mencadangkan syarikat saudaranya mendapatkan kontrak pembekalan makanan bernilai RM45,000 di Kinabatangan dua tahun lepas.

Kasrin Atchil, 57, didakwa menggunakan jawatannya sebagai pegawai kebajikan daerah Kinabatangan merangkap Setiausaha Jawatankuasa Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan (KZM) Kinabatangan dengan mencadangkan Syarikat Usaha Garunai Contractor, yang mana pemilik syarikat Muhammadya @ Rosman Janit adalah sepupunya, untuk mendapatkan kontrak itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Kinabatangan antara pukul 2.30 petang dan 4.15 petang pada 29 Januari 2016.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika sabit kesalahan, Kasrin berdepan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat membenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan RM6,000 didepositkan oleh seorang penjamin tempatan daripada kalangan anggota keluarga tertuduh.
 
Abu Bakar juga menetapkan 14 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, pegawai pendakwa SPRM Awang Samsul Baharam Bongsu berkata kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun jika mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, pihak pendakwaan memohon jaminan sebanyak RM20,000 dengan deposit RM10,000 oleh seorang penjamin tempatan dari kalangan anggota keluarga tertuduh.

Namun, peguam tertuduh Majnah Abdullah memohon jumlah ikat jamin dikurangkan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×