KUALA LUMPUR – Program Pas Tanpa Had My50 bagi fasa kedua, akan diperluas kepada pengguna bas RapidPenang menjelang pertengahan kedua tahun ini sebelum ke negeri lain. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberitahu sidang akhbar di sini hari ini, beliau telah meminta Prasarana untuk kaji segera dan hasilkan cadangan. Pas My50 yang diperkenal pada 1 Disember tahun lepas, membolehkan pelanggannya menaiki semua bas RapidKL dan bas pengantara MRT tanpa had sepanjang 30 hari dengan bayaran RM50. Turut dilancar bersama pas My50 ialah pas My100 yang membolehkan pelanggannya menikmati semua perkhidmatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya