BERLIN 3 Jan.- Parti Demokrasi Nasional Jerman melancarkan rondaan dan pengawasan di bandar Bavarian susulan insiden serangan orang awam dipercayai dilakukan empat pencari suaka dari Afghanistan dan Iran.
Memetik laporan AFP, Datuk Bandar Amberg, Michael Cerny berkata beliau terkejut selepas parti pelampau itu memuat naik gambar di Internet yang menunjukkan empat orang menyarung ves keselamatan berwarna merah dan melakukan pengawasan termasuk di luar pusat pelarian.
“Saya faham akan kekhuatiran penduduk Amberg berkenaan risiko keselamatan mereka, tetapi kebencian dan ancaman keganasan yang datang dari seluruh negara sudah keterlaluan,” katanya.
Dalam pada itu, pihak polis tempatan pada Sabtu lalu menahan empat lelaki warga afghanistan dan Iran berumur antara 17 hingga 19 tahun yang dipercayai melakukan serangan ke atas orang awam.










