Pangsapuri 2 bilik di London sama harga dengan istana 6 bilik - Utusan Malaysia

Pangsapuri 2 bilik di London sama harga dengan istana 6 bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Satu unit pangsapuri dua bilik di tengah kota London dijual pada harga £850,000 (RM4.47 juta) baru-baru ini iaitu harga sama untuk sebuah istana enam bilik di perkampungan Ashton Barat di daerah Wiltshire.

Istana yang dibina pada tahun 1835 itu dikenali sebagai Istana Long’s Park dilengkapi dewan besar, rumah musim panas menghadap kolam itik serta tanah seluas 87,000 kaki persegi.

Unit pangsapuri itu pula berada di tingkat dua sebuah blok bangunan empat tingkat berdepan Jalan Chiswick High di Hounslow, Barat London, siap dengan dua bilik air, balkoni, parkir bawah tanah, bilik utiliti serta berdekatan kafe dan restoran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-dua hartanah itu menonjolkan pilihan berbeza antara pasangan muda hidup di tengah bandar berbanding pasangan berkeluarga yang mahukan lebih ruang untuk membesarkan anak mereka.

Purata harga hartanah semasa di Ashton Barat adalah sekitar £364,666 (RM1.92 juta) sementara purata kediaman di London Barat kini mencecah £1,005,741 (RM5.3 juta). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN