Ozi ditahan polis selepas hadir ke IPD Shah Alam - Utusan Malaysia

Ozi ditahan polis selepas hadir ke IPD Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Polis menahan seorang lelaki, M. D. Ozziram atau dikenali Ozi, 25, yang dikesan sebelum ini bagi membantu siasatan pembunuhan bekas calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang daerah ini petang semalam. 

Sumber memaklumkan, Ozi ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama peguamnya. 

“Berdasarkan semakan awal, Ozi merupakan seorang penganggur. 

“Kita akan memohon perintah tahanan reman pagi ini terhadap Ozi,” katanya di sini hari ini. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. 

Kosmo! hari ini melaporkan seramai empat individu termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 25 tahun itu ditangkap di sekitar daerah ini dan Klang berhubung kes pembunuhan itu. 

Kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula semalam.

Kelmarin, seorang bekas calon AMK, M. Thiyahu, 30, mati ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di Pangsapuri Nilam Sari, Jalan Plumbum, Seksyen 7, di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN