MELBOURNE 23 Jan. – Pemain sensasi wanita Jepun, Naomi Osaka mudah melayakkan diri ke separuh akhir tenis Terbuka Australia selepas menundukkan pemain Ukraine, Elina Svitolina 6-4, 6-1 di suku akhir di sini sebentar tadi. Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2018 itu ternyata terlalu kuat buat Svitolina yang gagal memberikan tentangan bermakna sepanjang perlawanan. Osaka kini di landasan untuk membuat pertemuan ulangan dengan pemain yang ditewaskannya di final Terbuka AS tahun…










