Operasi mencari dan menyelamat di teruskan esok  - Utusan Malaysia

Operasi mencari dan menyelamat di teruskan esok 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 20 Jan. – Operasi mencari dan menyelamat  kereta yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Seberang Perai ditamatkan kira-kira pukul 7 petang hari ini.

Komander Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan di kawasan sekitar 25 meter persegi radius itu tidak menemui kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 yang dipandu mangsa.

“Operasi hari ini disertai kira-kira 20 pegawai dan anggota polis Marin termasuk empat penyelam bersama pasukan bomba bersama lima buah bot dalam operasi yang bermula pukul 7 pagi.

“Selepas 12 jam operasi kami tidak menemui kenderaan mangsa dan operasi akan diteruskan esok pada pukul 7 pagi,” katanya.

Tambah beliau, arus deras di kawasan pencarian menyukarkan operasi mencari dan menyelamat dan pasukan menyelam telah turun menyelam sehingga paras kedalaman 20 meter. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×