Neymar selar kritikan Pele - Utusan Malaysia

Neymar selar kritikan Pele

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Penyerang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Neymar enggan melayan kritikan daripada legenda bola sepak dunia, Pele yang mendakwa sikap bekas pemain Barcelona itu tidak boleh dipertahankan terutama apabila dianggap sebagai ‘pelakon’ kerana sering menjatuhkan badan pada aksi Piala Dunia lalu.

Dalam satu wawancara yang diadakan sebelum ini, Pele mengakui Neymar perlu fokus kepada bola sepak dan aksi mere­bahkan badan yang dianggap dilakukan secara sengaja itu suatu yang sukar untuk diterima.

Jelas bekas pemain Santos itu, Neymar seolah-olah mensia-siakan bakat yang dikurniakan kepadanya dengan sikap yang kurang matang.

Bagaimanapun menurut Neymar, kritikan yang dilemparkan kepadanya adalah perkara biasa selagi dia masih gagal menjulang trofi utama untuk pasukan kelab ataupun negara.

“Selagi kamu tidak menang (julang trofi), selagi itu kritikan akan datang. Saya tidak pernah berlakon cedera semasa beraksi di Piala Dunia. Segala insiden yang berlaku sebelum ini berpunca terjahan keras daripada pihak lawan.

“Ramai yang mengkritik saya kerana saya adalah Neymar. Saya hormati kritikan daripada Pele tetapi tidak mengiktiraf kri­tikan tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, pemain berusia 26 tahun itu menegaskan tidak akan meninggalkan Paris dalam masa terdekat sekali gus menafikan khabar angin yang mendakwa dia bakal kembali menyertai Barcelona.

“Khabar angin mengenai masa depan saya sering dimainkan oleh media sejak saya menjadi pemain profesional. Jika saya memang mahu berpindah, saya akan berterus terang, namun sekarang ini semua yang dikaitkan dengan diri saya adalah khabar angin,” ujarnya. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN