KOTA BHARU 7 Jan. – Tindakan membuka kedai makan meskipun bersaiz kecil adalah sesuatu yang mencabar dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Namun itulah tekad seorang wanita dari Wakaf Mek Zainab di sini yang menongkah arus sehingga sanggup menggadaikan barang kemasnya dijadikan modal perniagaan. Wanita itu, Norazlina Ismail, 37, berkata, dia memberanikan diri mengusahakan kedai yang diberi nama ‘Delisha Cafe’ di Jalan Pekeliling di sini beroperasi dari pukul 8 pagi hingga…










