Nahas Lion Air: Keluarga tuntut pampasan tanpa syarat - Utusan Malaysia

Nahas Lion Air: Keluarga tuntut pampasan tanpa syarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 23 Jan. – Keluarga kepada mangsa yang terbunuh dalam kemalangan Lion Air kira-kira tiga bulan lalu menuntut syarikat penerbangan tersebut memberi pampasan tanpa syarat,

Straits Times melaporkan, sekumpulan keluarga mangsa telah mengadakan protes di Dewan Perwakilan kelmarin kerana menyifatkan pemberian pampasan yang tidak adil.

“Lion Air belum melaksanakan tanggungjawabnya (membmeri pampasan kepada keluarga mangsa). Oleh itu, kami menuntut syarikat tersebut bertanggungjawab sepenuhnya,” kata peguam yang mewakili keluarga mangsa nahas JT610, Aprillia Supaliyanto.

Salah seorang ahli keluarga mangsa, Anton Sahadi mendakwa kebanyakan mereka menerima pampasan sebanyak 50 juta rupiah (RM14,586) daripada syarikat insurans milik kerajaan,

“Lion Air pernah menawarkan pampasan kepada keluarga mangsa sebanyak 1.3 bilion rupiah (RM379,249) dengan syarat, mereka tidak boleh membuat sebarang tuntutan pada masa akan datang.

“Kami mahu pampasan tanpa syarat kerana tawaran ini menyekat hak kami (untuk mendapatkan apa yang layak),” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN