LONDON 11 Jan. – Pemain tenis Great Britain, Andy Murray akan bersara daripada sukan itu pada penghujung musim panas ini. Dia mengambil keputusan itu selepas kecederaan pinggulnya tidak menunjukkan sebarang perubahan positif. Pemain berusia 31 tahun itu mengakui dia semakin hampir untuk menggantung raketnya. Juara Wimbledon dua kali itu mahu meninggalkan sukan itu pada Julai ini di kejohanan yang dia menjadi juara pada 2013 dan 2016. Dia juga menerima hakikat bahawa dia tidak dapat beraksi di final Terbuka Australia yang mungkin menjadi kejohanan terakhirnya kerana mengalami kesakitan kronik. Murray juga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya