PORT DICKSON 1 Jan. – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) tidak mengeluarkan sebarang kelulusan bagi penganjuran program sambutan tahun baharu, Neon Countdown 2019 yang mendapat bantahan ramai di Lukut di sini malam tadi. Yang Dipertuanya, Mohd. Zamri Mohd. Esa berkata, sebaliknya MPPD hanya mengeluarkan surat sokongan bagi permohonan penganjur untuk mendapatkan permit bagi acara bunga api. Jelasnya, penganjur telah diminta mematuhi beberapa syarat antaranya perlu mendapatkan kelulusan daripada polis untuk permit bunga api dan program hendaklah mematuhi peraturan dan sah dari segi undang-undang. “Bagaimanapun berdasarkan aduan orang awam dan pemantauan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya