KUALA LUMPUR 23 Jan. – Seorang abang tidak menyangka perjalanan menghantar adiknya ke sekolah hari ini adalah detik terakhir buatnya selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah teksi di Jalan Maarof, Bangsar, di sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, Athierah Batricesya Azizi, 11, meninggal dunia di tempat kejadian manakala abangnya, Amzar Hazieq Azizi, 18, mengalami cedera ringan di bahagian kaki kiri. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala…









