KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dijangka melantik dua timbalan ketua kontinjen Malaysia bagi membantu Chef de Mission (CDM), Datuk Megat Zulkarnain Omardin pada Sukan SEA Filipina 2019, November ini. Sukan SEA 2019 dijadual berlangsung di empat kluster – Manila, Clark, Subic dan BLT (Batangas, La Union dan Tagaytay) dari 30 November hingga 11 Disember ini. Megat Zulkarnain berkata, Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria telah menyatakan persetujuan…










