Minyak Sawit: Malaysia lapor kepada WTO - Utusan Malaysia

Minyak Sawit: Malaysia lapor kepada WTO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Jan.- Malaysia akan membuat aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sekiranya Kesatuan Eropah (EU) terus melakukan diskriminasi terhadap minyak sawit.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, Malaysia juga merancang akan bekerjasama dengan Indonesia sekiranya masalah berkenaan semakin teruk dan menjejaskan ekonomi negara.


“Malaysia juga telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Duta Besar Norway berhubung tindakan negara berkenaan yang menghentikan penggunaan biofuel berasaskan kelapa sawit.


“Kita berharap Norway akan menarik balik keputusan tersebut, sama juga seperti negara lain dan contohnya ialah Perancis,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.


Parlimen Norway baru-baru ini mengeluarkan arahan untuk mengehadkan dan menghentikan penggunaan minyak sawit secara berperingkat berkuat kuasa pada 1 Januari 2020.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN